Pages

Salam

Islamic Calender

25 mac 2011

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, pada jam 5.30 apgi bees sudah selamat sampai di NT. Sampaikat bus stand hubby lom sampai. Hujan pun turun mencurah2. Mood di awal pagi adalah sangat teruk. Sejuk rasa nak tidur, badan penat rasa nak tidur semuanya rasa nak tido saje. Sampi rumah jam 5.50am. So tunggu azan saje n then baru zzzzz..sian hubby tak tido lagi. Pagi ni ada tazkirah jam 8.00 pagi. Cukup tak ek dengan tidur hanya 1 jam dan pasni kena kerah tenaga untuk siapkan document geran penyelidikan. Semoga semuanya terkawal.
Sementara hubby pi makmal, so beesnye tugas adalah cleaning...woohhoooo...

wassalam

Bulan yang amat sibuk

Assalamualaikum..

Tak dapat nak tidur..Jadual penuh dari awal tahun berlarutan. Ya Allah, kukuhkanlah kesabaranku. So tired.. I need space 4 my life.

Wassalam

Cuba ko cari soalan lain, boleh tak?

Assalamualaikum..

waahhh..topik hari ni agak berbeza sikit dari kebiasaannya. Minggu ni dugaan datang silih berganti. Akhirnya migrain datang bertandang dan terpaksa MC 1 hari. Nikmat sakit hanya dapat ditahan setakat 1/2 hari sahaja. Selebihnya atas bantuan ubat-ubatan klinik kesihatan. Mungkin minggu nih dah sampai tahap maksima n duummmm...meletupssss sudah...

Apa yang bees fikir rasanya tak de la kusut mane pun, tapi kesabaran tu tiba-tiba jadi tipis n jiwa tak tenteram rasanya kot. Waduuhhhh sudah di tuang konkrit pun masih boleh bergoyang jiwa nih. Bees hanya insan biasa n bukannye asimo @ teady bear @baby doll.

pertemuan yang tak dijangka oleh manusia dan diaturkan oleh Allah
tanye khabar..camne sekarang..blaa.blaa..blaa..tiba-tiba.....

mulut tak ada insurance: lamanya ko dah kawin, tak kan sorang pun tak boleh dapat?
bees: Dulu almost nak dapat 1 dah, tapi dia tak sanggup dengan janjinya. Allah saje yang tahu.
mulut tak ada insurance: ala itu dulu. Jangan-jangan ko merancang tak??.
bees: Tak de la. Allah nak bagi aku terima, tak de maknenye nak rancang-rancang.(sedapnye mulot laser ko eh)
mulut tak ada insurance: Baik ko dapatkan anak cepat, kalau tak laki ko cari lain nanti.
bees: (senyum je, malas nak panjangkan cerita & cakap ada hal n trus blah..)


p/s
1. kepada mulut tak ada insurance, bees tetap akan maafkan dengan apa perkataan yang keluar dari mulut mu itu. Moga mulut tak ada insurance cepat-cepat bertaubat& tak buat perkara sama pada orang lain.
2. Rezeki kurniaan Allah perlulah disykuri. Jangan sesekali sombong dan takbur dengan apa yang dimiliki.
3. Semua yang berlaku adalah kehendak-Nya.

Weekend at Nibong Tebal

Assalamualaikum..

Bila sampai NT mesti da pagi, so susah sikit nak sedikan sarapan yang berat untuk hubby. Boleh sediakan breakfast berat bila weekend je. So minggu sudah bees buatkan skit mee goreng n salad untuk breakfast sebelum pi jenjalan..What a wonderful life. so Happy with u.


Mee Goreng ikut suke ati


Simple salad/wake-up salad


Perjalanan nak cari air terjun, sebelum tu ternampak bukit merah reservoir nih. Besar amattt n kat tengah-tengah ada project train yang belum siap. Memang dasyat la diaorg ni. Mesti pemandanagan cantik dari train bila da siap. Kagumm


Model pokok gajus. Alahaiiii


Akhirnya sampai kat bukit larut. Tapi sampai da petang, so tak boleh naik sampai atas. sekerat jalan je la. Petang-petang ramai yang joging kat situ. Malam ni nak gerak balik BP plak. Wahhh x sudah-sudah berjalan ye..

Wassalam

p/s:Rasa tak nak balik BP je. Apa kata dok NT 3 taun ok gak pe...

Da beli yang baru..tapi.....

Assalamualaikum...

Apa yang tapi ek..Ermm ginilah kisahnya, semalam da beli phone baru. Bila da guna kat umah cam x best je. Mula2 try kat kedai cam ok je. Tapi bila da balik umah, cam x sesuai plak. Ye la, tangan besa gaban, hanphone halus mulus. Da macam incridible hulk nak makan kacang kuda. hek..hekk..ni alamatnya nak kena beli yang trus ok sikit. ermmmm



inilah gamba phone yang baru beli tu..

Wassalam