Pages

Salam

Islamic Calender

Lampu oh lampu

Assalamualaikum..

Minggu ni dalam proses mencari kelengkapan lampu rumah. Nak beli segala lampu yg harus ada. X nak yang pelik2 sangat tapi nice dipandang la. Misi masih berjalan sebab lampu belum cukup lagi. kipas pun sama. Takat nih da kopak banyak juga, tapi nak buat camne kan asas org dok umah baru. Lampu n kipas harus ada..Bila time pose nih ingatkan nafsu membeli x de la sangat kan, tapi bila tengok lampu yang kelip2 pun mata jadi berkelip2 n silau...hahaha..sib baik dapat kawal pembelian. masih dalam budget..

Bees nak upload gamba pokok-pokok bunga yang bees tanam..





Aktiviti sebelum Ramadhan

Assalamualaiakum..

Diam tak diam, hanya tinggal 1 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan. Bulan umat islam mengerjakan puasa. Tapi biasa la, minggu2 sebelum puasa banyak kenduri tahlil yang diadakan. Termasuk emak n ayah serta emak mertua..Majlis tahlil emak bees buat pada 24 julai n MIL 31 julai. 2 minggu berturut dan bulan julai memang bulan yang penuh aktiviti. kalau tak bekerja mesti ada saja aktiviti luar yang harus bees pergi. Mungkin dah sampai masa, minggu selepas kenduri bees n hubby kena selsema n batuk serta demam. Suara pun dah lain, sakit tekak, panas badan, sakit badan. Allah bagi kami rezeki untuk merasa sakit n kami bersyukur kpd Allah.
Dah hampir seminggu selsema tak jua pergi.
Minggu sudah dapat la cabut n cangkul pokok2 yang ada. da macam hutan simpan saje. Semalam sempat meracun skit. hubby guna tempat siram pokok. X larat nak angkat tong yang besar n terpaksa menggendong kat belakang badan. Kan kalau jatuh lagi la susah. So ambil jalan mudah skit. Bila da bersihkan ada la rupa rumah yang betuan n bukan rumah tinggal. Nak penuhkan rumah dengan segala macam benda keperluan belum sampai rezeki lagi. buat la sikit2 mana2 yang mampu. Hubby pun x nak buat kerja tergesa2. Ada perkara lain yang lebih utama dari rumah tu. Bees akur n itu jalan yang terbaik.
"Rumah kalau tak ada bunga macam x berseri". itu kata2 dari MIL. Bees pun rasa cam tu juga. Hubby nak bunga matahari n bees tahu hubby suka bunga orkid, so bees tanam dua2 skali. Bunga Matahari tanam kat tanah n bunga orkid biar saje dalam pasu. Nampak cantik bila kedua2nya letak kat tempat yg dirasakan sesuai.
Lepas meracun rumput bees ngan hubby palanning baru nak buat wiring..tapi sape eh agaknye yang bleh bagi quotation. Nak membudget dolo..ekonomi kena tengok juga..mane bleh main buat je...pasang grill budget bees tapi x cari lagi sape yg nak wat..nak design camne pu x decide lagi..tapi yg penting asas keselamatan mesti ada n kemas..

Kembara Mahkota Johor 2010_Kembara Bermotorsikal

Assalamualaikum..

Semalam hari minggu pi jenguk rumah lagi. Nak pergi hari sabtu bees kena kerja. Ada Kembara Mahkota Johor 2010 Bermotorsikal pula. Akhir jun yang sudah Kembara Lokomitif. Mana x sibuk. Unit bees buat pameran gambar semasa kembara lokomotif n ada foto album. 40 keping gambar saiz A3 dan 5 Album saiz 4R. satu lagi egenda bees ada tayangan video 10 minit Kembara Lokomotif. Pagi2 lagi da diuji dengan keadaan khemah yang basah n kedudukan booth dan berganjak dari tempatnya. Malam tadi ribut n khemah kami dibahagian tepi memang kena teruk. Sampai2 je pagi tu rasa nak pengsan n menitis air mata. Dah la bees n 2 orang member lain yang kena uruskan. Tapi dia org macam biskut, kejap ada kejap x de..rasa lagi nak menangis ada..ada juga fakulti lain nak buat pameran dalam booth kami..Dah la ramai2 dok kat khemah tu..barang longgok2 je, gambar yang disusun semalam abis kena hujan n ada yang patah bingkainya. Frame gambar plak ntah pakai kapur kot, so abih luntur n bersopak2..Abih baju kena kapur frame tapi tetap kuatkan semangat jua..Pastu tiba pula orang yg sepatutnya incharge n guide kami, dia datang kejap n trus hilang..pastu lepas tangan..Sakit rasanya bile kerja dengan org camni..Pastu bila datang plak bos incharge tadi "ni kenapa sepah2 lagi, kenape x siap, dato' sekejap lagi sampai." hhuuiiii lagi la panas dok dalam khemah tu...dia tak prihatin langsung ngan masalah yg kami hadapi..tahu nak siap cantik masa dia datang..kalo tolong x pe juga..x de sikap seorang pemimpin yg prihatin btul..sib baik team 1 sampai awal n dapatlah tolong settlekan masalah tu cepat skit..da kalo kita yg nak pegang frame, kita juga nak lekatkan kat dinding, nak tengok tegak ke x, nak jaga2 panel x jatuh bila la agaknya bleh siap..bila kita minta tolong ngan org yg menumpang booth dia buat dono je..ye laa..kita ni bukannya pegawai..takat soh2 camtu sape nak tolong..Kalo x siap masak lemak cili padi la jawabnye..mana taknye ikutkan jadual Sultanah johor nak datang lawat..sib baik last minute anak Sultan, Tunku Abdul Jalil yang melawat booth kami...
ada lagi sorang dia memang kena handle bahagian technical untuk video saje so x nak la ganggu..Lepas siapkan booth bees trus lari ke khemah penerangan. kena dok sebelah audio mix. sbb nak tayangkan video..Rasa seram sejuk n menggigil..takut video x jalan..bila sekretarit kembara soh play bees trus tekan button play dgn tangan menggigil..mane x menggigil video tuh ada ditayangkan kat dpn sultan..gigillll...bila da play trus doa supaya x de ape2 yg buruk berlaku spr video hang, audio x de, display x de, tersekat2..hheeee ngerriii kalo jadi camtu...kalo toreh tangan masa tu memang darah x keluar..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..barulah bees bleh tarik nafas legaaa...Baru lah bleh makan..selagi x selesai memang x bleh nak makan n x senang duduk..Masa tu gerimis masih blum berhenti lagi..sejuk pun x hilang lagi..pasni kena kemas barang2 plak..banyak tuuu gamba..Tengok2 booth x de org n sib baik member sorang tgh turunkan gambar2..hari yang sungguh sedih, mendabarkan n menggembirakan..semua perasaan bercapur baur..

P/S:UNTUK MELIHAT VIDEO KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2010, BOLEH KLIK PADA TAJUK POST INI..

Dari Konvokesyen ke Kembara Mahkota Johor 2010

Assalamualaikum..

hari berganti minggu...minggu bertukar bulan...bertambah sibuk apabila menjelangnya bulan ramadhan...Masing2 sibuk nak buat program seminar, kolokium n macam2 lagi..sumer nak record n jadikan bahan digital yg boleh disimpan dan sebagai kenangan ataupun arkib...
konvokesyen khas dah berlalu...namun masih terasa lagi bahang konvo. Ada lagi cerita2 belakang tabir yang kurang enak didengar. Kesalahan diletakkan dibahu org lain. Tangan masing2 saling menunjuk antara satu sama lain. Bila pihak atasan minta report, jadi tak tentu arah satu unit. Mana tidaknya, kenape pula minta report sedangkan kesilapan bukan dipihak kami. kan rasa hairan dan pelik. Mungkin atas sebab kesalahan pemahaman individu, timbul lah pula kambing hitam dikalangan kami. Nasib baik ia bertindak balas dengan segera bagi mengelakkan diri dijadikan korban kekalutan ini. Bagaikan parang sudah berada dileher, semahunya ia ingin melepaskan diri untuk meyelamatkan nyawanya yang hampir hilang ditangan manusia yang tidak tahu berterima kasih. Sudah terlalu lama perasaan kurang puas hati dipendam, kini tiba masanya untuk meluahkan segala yang terbuku didalam hati yang kecil itu. Bagaikan gunung berapi yang sudah lama tidak aktif, ia mempamerkan sedikit demi sedikit rasa ketidakpuasan hati kepada orang atasannya. Terdiam dan mungkin terkejut dengan reaksi yang agak agresif. Tak terkata dibuatnya. Keadaan jadi agak kurang selesa apabila ketegangngan emosi terus-terusan berlaku. Sampai bila perkara ini harus berlarutan. Harap2 ianya akan hilang seperti sampah yang dibakar menjadi abu dan hilang dibawa angin...
Perihal kembara pula, banyak sungguh tape yang harus di 'capture' dan diedit. Kalau x silap ada 15 semuanya. itu tak termasuk handycam lagi..peeehhhhh banyak sungguh n rasa letih mata nak menengoknya satu persatu. Worksation baru saja bertukar hard disk. Bees harap perkara yang tidak baik x kan berlaku seperti apa yang baru saja berlaku semasa edit video ijazah kehormat dr. falsafah pendidikan...Aritu Sib baik sempat save raw file kat hard disk lain. Syukur Alhamdulillah...
Edit video kembara akan dimulakan dengan Perasmian JB Sentral dan Perasmian Kembara Mahkota Johor 2010. Seterusnya akan menyusul pula perjalan hari pertama hingga hari ketiga iaitu hari terakhir.
Selepas ini ada lagi kembara yang akan menyusul pada 6-8 ogos..kita sama2 tunggguuuu...

Jemputan kawin & hujung minggu

Assalamualaikum...

Seperti kebiasaan pada cuti hujung minggu, ada saja jemputan kawin mahupun kenduri ataupun yasin. Blah johor memang selalunya ada majlis tahlil dan yasin(yasinan).
Jadual hari sabtu dan ahad penuh sudah. Sabtu pi jemputan & ari ahad ada kerja.Pi jemputan lepas zohor. pas je abih jemputan hubby nak bawa gi jalan2 tapi x tau nak pi mane...so drive je lah keta trus ke muar. Baru teringat MIL pesan buah kelapa muda. so dapat la juga akhirnya kat muar...Pasni nak kemana pula...Hubby kater pi jalan terus la..so akirnya sampai juga ke Merlimau....Alamak..da jauh rupanya..so jalan2 pi tengok negeri orang. best juga jalan2 camnih..Dalam perjalanan ternampak signboard makam tun teja...so ajak la hubby pi sane. Ingatkan tempatnya memang khas disediakan kat satu kawasan lapang. rupa-rupanya hanya di satu lorong kecil tetapi di tepi kawasan sawah. Kawasannya terjaga dan dipagar besi. Betul2 di pintu masuk ada sebuah gerai makan. So agak terlindung sedikit makam tersebut. Oleh kerana bees tengok ada beberapa orang disitu, bees terpaksa membatalkan niat untuk singgah. Insya-Allah lain kali ada umur dan kelapangan bees akan singgah jua disitu.

Perjalanan diteruskan kehdapan sedikit. tiba-tiba ternampak gerai yang menjual ikan-ikan segar..Apa lagi, bees ni kalau nampak ikan segar rasa teruja gitu...banyak sungguh ikan2 segar camnih..kalau lah BP macam ni kan best..Ini x, nak jumpe ikan segar memang susah kecuali ikan keli n ikan talapia hitam...tapi kat merlimau ni ada macam2 jenis ikan segar..dari sekecik2 hingga sebesar baldi...hhhuuuiiii...rambang mata ni melihatnyaaa...Ada ikan duri, mayong, cencaru, kerisi, tenggiri, udang besar n macam2 lagi...Udang dia memang besarrr punyeee...1kg Rm40...sukeeee sangat...tapi x bleh nak bli banyak sebab kat rumah da bli stok ikan untuk 1 minggu sebab esok kerja...Bees beli ikan duri n ikan pari..masih fresh lagi...Ehhhh da jam 5.15pm..tadi tauke betulkan tv da tepon soh amik petang nih...X boleh jadi camni...kalau lambat x dpt la tgk tv lagi...da hampir 1 bulan x tgk tv sbb tv rosak...x bleh jadi nih..harus pecut balik ke BP...
On the way balik lalu kat Lebug AMJ...Ape tu AMJ???bees pun x tau..nanti bees tanyer ngan org melaka ehhh..



sempat snap jambatan kedua muar...

k.lah..bees nak cau cincauu...nak minum cincau...Nite..nitee..
Wassalam...