Pages

Salam

Islamic Calender

Kelengkapan

Assalamualaikum.

Kepala dah pening lagi.. Banyak betul barang nak kene beli bila masuk rumah.. Ermm memandangkan pindah sehelai sepinggang (ini bukan kes kena halau rumah yer) maka duit rasa laju jer keluar. Dah macam air terjun. Alhamdulillah, ada saving sikit so dapatlah buat wiring, lampu, grill, cat rumah, rumput & kerja-kerja awam asas untuk keperluan. Lepas ni dalam proses nak siapkan dapur pulak. List hanya barang keperluan asas seperti hob & hood, fridge, washing machine & ovent sahaja. Lain-lain equipment pending dolo yer.

1. Hob & hood - Rinnai
2. Washing Machine - Panasonic
3. Refrigerator - Panasonic
4. Ovent - ?????

Hohohoho.. Tak siap juga lagi. Nanti akan update lagii lah.

Wassalam

Balik NT

Assalamualaikum..

This week, bees ikut hubby balik Pineng naik kereta. Kebiasaannya kena naik bas. Memandangkan dah hujung tahun so, nak kurangkan cuti yang sedia ada dah sikit sangat. Nampak sangat menggunakan cuti dengan jayanya. Hahahaha. Baki cuti tinggal 5 hari jer, tapi kira ok la bukan terus habiskan. Dapatlah forward ngan GCR.
Malam tu kami gerak dalam jam 9.00 malam. Budak-budak berbulu kena tinggal ngan MIL, harap-harap tak buat hal. Kalau dalam perkiraan dalam jam 4.00 pagi sampai la kat rumah. Sedang-sedang la waktu tu. Kesian kat hubby tak tidur sampai pagi.. Bees saja yang tidur dalam kereta. Hobiii yaa..
Lebih kurang kul 11.00 dah nak masuk senawang, kenderaan bertambah banyak..Aiikk nak kemana dia orang malam-malam ni.. Hehehe macam aku sorang jer nak balik kann.. Rupanya jem, ada xcident rasanya. Sudaahhhh... Dah dekat dua jam, masih tak lepas-lepas lagi dari tempat xcident. Hubby dah start risau sebab mesti sampai lewat.. Ermmm memangpun.. Balik tu macam biasa berenti 2 tempat tapi rehat lama sikit. Satu kat Sungai Buloh ngan satu lagi kat Sungai Perak. Kat Sungai Perak hubby lelap kejap sebab dah tak tahan mata mengantuk sangat. Bees memang dah dari tadi tidur, pun masih tido jugak. Memang hantu tidur..Hahaha. Sebelum gerak buat la apa yang sepatutnya n teruskan perjalanan.
Akhirnya Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 8.00 pagi.. Huargghh bees masih rasa nak tido lagi...

 

Muar bandar Diraja
 
 Jem yang panjang


 Inilah dia, Lori ayam rupanya. Nasib baik tak ada ayam. Masa ni ada beebrapa orang pekerja tengah memunggah kotak-kotak ayam ke lori yang lain.

Jalan kembali tenang


 Terowongg.. Sila buka lampu jika menggunakan terowong..

Dah sampai Parit Buntar, disambut dengan kabus & embun pagi..Sejukkk

Biasanya waktu-waktu gini dah sampai opis, tapi sekarang ni masih belum sampai rumah lagi..

Alhamdulillah, perjalanan yang panjang sudah sampai kedestinasi dengan selamat.

Wassalam..

Bertukar

Assalamualaikum..Gara-gara kesilapan kontraktor, lampu salah satu chandelier pecah.. Huaaa.. Sayangnya... Dah suruh kontraktor tu cari, tapi tak jumpa, maka terpaksalah ubah plan. so kami kena cari lampu baru.. waaa budget lari la camnih... Tak suke..tak suke..Ini

Ini lampu yg lama.. Hanya tinggal kenangan



Yang ni pengganti yg pecah tu.. Sib baik ok, kalo dak memang dah nanges guling2 depan kontraktor..

Will update yg lain2 kemudian..

Wassalam

Hutan Belantara

Assalamualaikum..

Tajuk memang hijau.. Tau lah tuan punya blog pun minat hijau.. Ermm apa yang hutan belantara ni ek??? Adakah tuan tanah pegi mengembara di lautan pohon-pohon. Memang mustahil la tuan tanah nak pegi tempat-tempat yang sebegitu, tak larat rasanya. Maklumlah tuan tanah ni agak 'berani' dengan gelap dan tempat-tempat sunyi..Kehh..kehh.. baru bunyi ranting kena pijak dah menjerit tak tentu fasal. Apa punya berani la.. Opss  banyak pulak melalutnya.
Memandangkan BIL nak kawin dah, so rumah MIL dah kena kemas-kemas la. Maka tuan tanah terpaksa melepaskan bilik tidur utama kepada ahli baru yer. So selepas ni, tuan tanah akan menjalani kehidupan secara nomad, bunyi dah macam semut pulak yer ..hahahaha
So bermulalah menebas rumput yang dah macam hutan belantara(seperti tajuk kat atas). Hutan belantara ni terjadi bila tanah yang ditinggalkan tidak berpenghuni dan tiada aktivi yang dijalankan. Lebih senang kata rumah tinggal la, cuma bezanya tidak berhantu. Tuan tanah yang jadi hantu, kejap ada..kejap tak de..
Nak membersihkan hutan belantara ni bukanlah satu kerja yang mudah. Memerlukan kudrat dengan sepenuhnya. Kalau takat meracun jer mungkin tak banyak masalah, tapi yang ni kayu kayan sudah kelihatan. Maka kerja-kerja membersih memakan masa yang agak lama. Dah la tuan tanah kat selatan, hubby pulak kan utara, apa boleh buat tunggu hubby balik la yer. Tapi sementara nak tunggu hubby tu, mana-mana yang boleh buat dulu, tuan tanah buat. Memang berpeluh habis. Buat kerja membersih satu hari jer sebab tak larat gila. Esuknya pergi kerja dalam keadaan badan semua sakitt..Huaaaa nak menagis pun ada masa tu. tapi nak buat camner, dah diri sendiri yang nak buat..sekarang rasakannn... Bukan sayang nak upah orang, tapi konon nak merasa macam mana rasanya membersihkan hutan belantara dengan sendiri.. Memang tak terbuat la tuan tanah. Penghabisnya, tunggu hubby je la balik.. Salute kepada sesiapa yang melakukan kerja-kerja dengan menggunakan kudrat (fizikal) yang sangat tinggi ini. Tuan tanah bukanlah dalam kategori yang gagah perkasa, sikit-sikit boleh la...


Hutan Belantara dan hasil tuaian. Lebih dari 8 bekas plastik hitam, itupun belum semua yang dibersihkan. Banyak lagi..

 

Yang ni, hutan belantara yang bakal 'dikerjakan'.... Haaadddooiii larat keee????

Deepavali Decoration " Kolam "

Assalamualaikum..

Bila orang sambut Deepavali, biasanya mereka akan membuat ' Kolam '.. Cantik-cantik sungguh hasil seninya. Kalau bees ntah la jadi macam mana la rupanya. Biasanya kat pasar raya jer yang ada. Kalo nampak mesti bees snap untuk buat simpanan..


Ini bees jumpa kat Jawi. 
 

Yang ni bees jumpa kat carrefour BP

Yang di pulak kalau tak silap masa pi Lumut.. Tapi tak tau kat shoping mall apa..

Ermm apa lagi yer nak cerita, dah tak tau la..ok lah..jumpa lagi..

Wassalam..