Pages

Salam

Islamic Calender

Terima Kasih

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak mengupdate blog nih. Sibuk sikit dengan aktiviti harian, dengan kenduri kawin, dengan kerja dan banyak lagi. Post kali ni bees nak ucapkan terima kasih yang teramat banyak kepada Kak Sweetlizahanum @ http://lizahanum.blogspot.com  kerana sedia berkongsi ilmu dengan bees. Walau tak pernah berjumpa empat mata, tapi bees amat menghargai pemberian tersebut.Terima kasih kak.. Ilmu yang ada dilamnya amat berguna kepada saya dan keluarga. Asas adalah penting dalam menjalani hidup kita seharian.




Ok..Sampai jumpa lagi. Wassalam..

Wedding Jiran Sebelah

Assalamualaikum..

Hujung minggu dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan. Alhamdulillah, ini bermakna saya sudah tambah usia. Bukan sebab sambut hari kelahiran, tetapi menunjukkan yang bees ni dah menambah satu fasa lagi dalam hidup. Ahad lepas, jiran bees buat majlis bertandang. Dua pasang terus, abang dan adik. Sorang orang Pasir Gudang dan sorang lagi Orang Kemaman, Terengganu. Nunnn jauh kat belah pantai timur. Umah bees(umah emak) jadi umah persinggahan @ rumah rehat untuk keluarga pengantin.. Ramai juga yang hantar, Alhamdulillah kunjungan orang yang datang dari jauh. Pengantin juga solek kat rumah juga...Dapatlah bees tengok sikit2 akak tu menyolek. Maklumlah, bees kalo tang bersolek sory yer, x der skill.. Hahaha Tengok la, muke pun pucat jer. Harapkan compact powder jer. Tak kisah la kan, yang penting dapat snap 1 pict pengantin masa bersanding. Time nih hari da hujan, so gambar agak kureng jelas sikit.

 Ni la gambar pengantin. Purple and pearl white n cream



 Me n my kakak, Kak zue & kak Ngah..Masa ni kak Long ngah sibuk sembang ngan kawan dia..Hehehe Sory Kak Long..
 Najjah & Sofea, umur sama tapi tinggi berbeza

Selipar baru

Assalamualaikum..

Kesian kat hubby, selipar da macam mulut buaya. Kalo mulut buaya tu eluk la juga sebab terbuka sama luas, yang ni tidak..Sebelah dah hampir 40% terkopak dan sebelah lagi 50%...Kesian kan.. Haiissshhh sayang sungguh dia ngan selipar lama tu.. Da berkurun dan boleh masuk dalam Muzium.. Sib baik balik kampung, so senang terus pi beli..

Pilih, ambik, bayar dan terus pakai..hehehe

Wassalam..

Kerja-Kerja Awam

Assalamualaikum.

Mentang-mentang kerja dengan sektor awam, cerita pasai awam la jugak kan. Kerja awam ni kira projek untuk tahun ni. Satu projek sekali setahun untuk rumah. Hahaha biasa la..buat ikut kemampuan dan bila rezeki tu ada yang lebih kumpul la sikit2. Kontraktor untuk projek kali ni pun bumiputera juga. Ini Hasilnya.

 Rantai ni untuk alirkan air hujan supaya tak 'terlajak'..Boleh ke guna ayat nih..hahahah
 Pili air bahagian depan (senang nak basuh kereta), 2 dibahagian belakang (Washing machine & satu lagi buat perhiasan). Hahahahahaha
 Saya suka ini. Theeee

Ni lagi la saya suke. Walaupun ramai kawan2 kata bahaya water heater ni, bees tetap nak pasang. 

Bees & hubby amat berpuashati dengan hasil kerja dan juga harganya. Alhamdulillah..
Wassalam

The Manhattan Fish Market

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu kat NT adalah berjalan.. Pepandai jer kan..Jalan ajer keje dia.. So this week bees n hubby pi Carnival dengan niat nak pi makan kat Seoul Garden. Tapi bukan rezeki bees nak makan kat situ, n sebab tak der tempat lain lain kami try makan kan Manhattan Fish Market. Konsep restoran yang agak berlainan. " Bring outside to the inside". Betul ker ayat nih, ermm hantam sajalah kubisss....

sdappp

 Clam chowder syiokk

 Fish & Chips..Regular, tak abih makan sorang2..

 Seafood Spaghetti ni hubby nyer menu
Brownies for desert..Nak amik mud pie, tapi dah abih..

Wassalam