Pages

Salam

Islamic Calender

Asyik makan sajeee..

Assalamualaikummm..
Selepas balik dari sukan, asyik makan saje. Luar biasa skit. mungkin disebabkan tak dapat terima cara makan kat penang menyebabkan bees rasa lapar saje. Time bersukan x de la rasa camnih..takat sarap roti, n makan tengahari coklat, minum air banyak n balik baru makan. itupun nasi ayam goreng saje.. pasti pi la timbang, ingatkan berat badan turun. tapi statik je. Nih da balik asyik makan je mesti berat badan naik semula. Urrgghhh..camne la nak buat. kalo da banyak makan mesti malas kan..Tapi Alhamdulillah, aku tak jadi pemalas...kalo malas, pasti tak wat keja la gamaknye..pi keja, main tenet 1 ari pastu kul 5 balik..hahahaha..inikah namanya kerjaa???makan gaji buta sajee..
Malam ni MIL pi ziarah, ada orang meninggal. MIL pi n the geng..so sementara bees nak tunggu MIL balik, bees buatkan menu ringkas utk hubby. Instant, budak darjah 5 pun pandai buat..Apa punye malas bini hubby ni..masak instant je taunye..hahahaa.. jgn mareee..Bukan apa, tetiba je sebenarnye teringat nak masak bende nih..memandangkan banyak barang yg x de, so bees pakai apa yg asas saje...Asal sedap kat tekak ni, kira ok la kan.
Pas abih makan menu instant tadi, MIL pun balik..alamakkk..perut da kenyang plak. tapi x kan la MIL nak makan sorang2..ta baikk..x de kawan plak dia nak makan. so, kami makan lagi sekali..hhaaaa kaannnn..mana tak gemuk bees nih..



Ini lah rupa sphagetti yang bees buat untuk hubby...rupa x de, tapi rasa tip top..




Inilah reaksi kucing2 bees, bila mana tengah mengemas2 beg. Dia dah tau, tuannya nak pi outstation..Muka x de mood n boring..hahahaa kena tinggal..Biasa sangat ngan perangai kucing2 nih...




Muka kucing nakal n buat muke x bersalah..habis cadar katil kat bilik tv dia sepahkan..Apa taknye, ada geng nak bergomolll..Pastu x de orang yg tegur..makin menjadi2 la..Tapi paling best, bila MIL bg tau bila masa makan dia buat2 baik n manje ngan MIL. sampaikan tidur pun ikut MIL. tapi, bila tuan dia dah balik mula lah dia buat perangai..MIL panggil pun x menoleh...

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Siapakah orang yang manis senyumannya?

"Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman."

Termenung aku seketika



Assalamualaikum..

Hari ini aku termenung dan berfikir lagi..bila la agaknya aku dapat menjaga ibadat kerjaku dengan sempurna. Kalau sampai je kat meja mesti nak buka FB dulu..pastu baru buat keja lain. Tapi biasa la kalau da buka FB, mana pernah sekejap kan..kurang2 pun 1/2 jam..Kerja makin hari makin bertambah. Kalau hari2 camnih mana la nak abih..
Tadi singgah sekejap kat blog kawan lama. Boleh buat buku motivasi rasanya. Mungkin atas rasa ingin bantu kawan2 dan ingin mengembangkan ilmu yang dia dapat so bees pun copy la kat sini. Sama-samalah kita mengembangkan ilmu ini kejalan Allah. Bees ucapkan terima kasih kepada tuan punya blog iaitu mrCD.

TAWARAN DARI ALLAH

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah `Adn. Itulah keberuntungan yang besar.(Ash-Shaaf:11-12)

Renung-renungkanlah..

Hari Kedua d' Bukit Merah

Assalamualaikum..

hari ni, rasa letih sangat. Abih semua tempat kami explore. Dari Pulau Orang Utan hingga ke waterpark.
kat pulau orang utan, ada la beberapa ekor yang nampak. Orang utan nih dia orang pagar ngan dawai yang rapat. So susah nak snap pakai camera. Orang utan ni ada yang dipinjamkan dari borneo. Sepilok maybe??..Tapi orang utan kat sini dapat environment yang asli sedikit berbanding dekat zoo yang bees pernah pergi. Di pintu keluar pulau orang utan, ada baby o.utan yang dia org jaga. masih pakai pampers lagi. ada 2 ekor. nampak cute la..hehehee..Tengok kat bawah jeti ada banyak ikan. Tapi bees x reti ikan apa, tapi yang pasti memang nampak asli. Geram juga tengok ikan2 besar nih, rasa nak pegang je.
Lepas abihkan trip kat pulau o.utan, kami trus ke eco park. Macam-macam haiwan yang ada. Tempat ni pun masih banyak pokok, barangkali mahu kekalkan keadaan asal. Itu yang paling bees suka. Hijauuuu...Ada juga animal show, 3 ekor burung nuri n seekor memerang. Walaupun sedikit tapi ok la juga. Cuaca panas tak lunturkan semangat untuk habiskan eco park ni. Pasni ada pilihan, samada nak naik skycycle or chairlift. Hubby amik keputusan naik chairlift. Bila naik je rasa gayat skit, tapi bila nampak je water park trus rasa teruja. Nak main airrr...
"Kita balik bilik dolo la, lagi pun da kul 1.15 nih". ermm.. ok..kul 2.30 kita pi water park. yuhuuu..
Sudahnya kul 4.30 kami pun keluar dari waterpark. Jari pun da mula kecut walaupun rasa bahang panas tetap ada. Pasni bleh la pi tempat kusi urut.
"Yang, 1/2 jam eh".
"Kita amik 15 minit dolo la"
"ok.'
"Kak, 15 minit untuk 2 orang"
so kami berdua pun letakkan badan kat kusi tu. Wahhh..bestnye..Lepas mandi badan rasa letih, nih badan kena urut maunya tido nanti.
Tetibaa....
"Ehh..da kul bape nih".
Alamak, rupanya kami tertidur. hahahaaaaa..kelakarnya. mesti akak tuh bantai gelak pelan2 kat tepi tuh. Sib baik blum lama lagi n x der orang lain dalam tu. lepas 5 minit je.. tapi keluar je dari kedai tuh, kami plak bantai gelak. Pastu kami pi kedai2 souvenir yang ada kat sebelah. dapatla beli labu sayong untuk emak. Bleh la isi air, mesti sejukkk...
"Malam ni kita makan kat cafe' Le Lac."
"tapi jangan tertidur plak cam semalam."
"Okies"
Kul 8.30 gerak ke Le Lac. Kat depan tuh ada show dari staff Lake Town Hotel. Ok Juga tengok dia org menari.
"Nak buffet ke ala carte?"
"tengok menu dulu".
pusing-pusing,ermmm..
"buffet pun ok juga"
Kul 9.30 kuar dari le lac trus masuk bilik n kemaskan barang. Esok nak kuar awal. Nak ke Nibong Tebal. Hubby ada urusan skit kat sana. Sambil bees kemaskan barang, hubby berFB ngan wat preparation skit.
then bess pun zzzzzzzzzzzzz...

Letih dan Sakit Badan

Alhamdulillah. Diizinkan lagi bees menghirup udara yang segar dibumi Allah yang 'mewah' ini. Rasa sakit badan masih terasa. Walaupun hanya duduk dikerusi co-pilot, tapi cam bees je yang memandu..hehehe..sian kat hubby. Hampir 8 jam memandu, akhirnya kami sampai juga tempat yang dituju. Ini lah tempat rahsia yang hubby bawa untuk cuti awal tahun ini BUKIT MERAH. Waaahhh.. rasa teruja gitu.. Sampai je kat reception trus chek-in. tak bawa lagi beg baju, tinggal kat dalam keta je. Bawa je beg sandang belakang yang da di isi sarat dengan barang2 asas. Dapat bilik menghadap jalan. Condition dalam bilik pun ok.
Petang tu mellihat-lihat sekitar tasik. Sempat juga beli tiket untuk masuk ke tempat-tempat yang ada. Ingatkan boleh masuk runcit-runcit, rupa2anya valid untuk 3 hari tapi kena abihkan dalam masa 1 ari je. heheheee...
Hubby kata tak pe, mesti ada aktiviti lain yang boleh buat arinih. so petang tu kami naik basikal air. ingatkan boleh pi keliling tasik cam kat perlis tuh, nih bleh sampai kat kawasan yang ditanda je. tak kisah la, janji bleh buat aktiviti petang. Pastu ingatkan nak memancing kat tepi tasik tu,tapi tak sempat. Round2 kat tepi tasik terjumpa kerusi urut, 15 minit=Rm3. Best ni kalo dapat time badan rasa letih. "Esok je la kita pi." Bagus gak cadangan hubby tu. Ini bermakna trus masuk bilik la. "Malam ni kul 9 kita pi makan kat bawah".
"Alamak, da kul 11 la plak". Sumer kedai da tutup. Li Lac' Cafe pun da tutup. So malam ni kami tak makan malam. Sib baik ada bawa biskut munchy's. Perut pun tak rasa lapar mana pun. Tak makan malam pun ok jer.
Online ngan roomate masa kat poli dolo kat FB sampai kul 2 am. Patutla mata da rasa pedih je. Padahal baru je bangun tido tadi. Mungkin rasa letih masih ada..
ZZZZZZZZ


Keadaan bilik yang agak luas dan selesa la untuk kami berdua..hehehe


Bees di tepi tasik..tak reti nak pose camner...taram je la..


sory yang...gamba x sekata..isterimu ini tak reti nak ambil gambar..


Kampung Air..


senam kat atas air..tak berani amik gamba sendiri, so amik la gamba org lain..hehehee